BACAAN AL QUR’AN BOLEH MEMPENGARUHI
OTAK, SARAF DAN SEL TUBUH BADAN MANUSIA
"Tidak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya
ingatan dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur'an
...".
Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di
sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan
mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih
berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat
besar.
Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa,
mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh
orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini
tidak menentu.
Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik
terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan
ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil uji kajinya dia membuat
kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan
ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.
Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang
dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang
disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984,
disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi
mereka yang mendengarkannya.
Kesimpulan hasil uji coba tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian
Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya
terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. Kelima
orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa
yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi,
yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan
dari Al-Qur'an. Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65%
ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika
mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.
Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada
bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar
Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut kajian,
bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari
tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita
mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya
memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita. Jika
mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan
kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain
mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual
(SQ).
Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an,
simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat"
(QS 7: 204).
